Ahad, 29 November 2015

Sri Lanka & Maldives - Day 3

Seperti hari semalam, breakfast ialah waktu yang ditunggu tunggu untuk makan. Ha ha. Harini kami ke Kandy. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam (tanpa jammed). Sepanjang perjalanan, kami hanya menghayati dan melayani perasaan sampailah tiba-tiba Dania sakit perut. Kelam kabut driver tu bila kami suruh dia berhenti kat mana2 farmasi berdekatan. Pastu driver suggest Dania minum air ayurvedic ni. Katanya sri lankan selalu minum kalau sakit perut. Kami pun belilah dan suruh anak tersayang ni minum. Dia minum sikit je pastu dia taknak. Adoyai, sudahlah susah mencari farmasi ni pastu dia buat hal pulak. Pastu try la air tu, mmg patut pun Dania taknak minum. Rasa apa ntah. Mcm menthol dan payau. urghhh.. Tapi tak lama lepas tu perut dia pun ok. Alhamdulillah.






Sebelum sampai ke Kandy kami stop dulu kat tempat spices ni. Penat woo duduk dalam kereta lama2. Baiklah stop kejap ye tak, Dengar lah orang kat situ explain pasal herba2 spices etc. Boring lah. Sudahlah harga spices diorang mahal gila kalau compare dengan Adabi ke, Alagappas ke. haha.TAPI highlight dia bila ada orang massage. Ayurveda massage. Perghhhh memang layan broooo..

Gambar2 lain agak censored, so tak upload la ya.

 Lepas tu kami pun makan lunch kat sini jugak sambil borak2 dengan guide tempat ni. Oh btw, kat Sri Lanka ni ada macam sambal kering. Sedap gak. Mana2 restoran selalunya ada. Ingat tak first night tu kami makan kat Dine-mon? Kat situ yang paling sedap. Kadang2 makanan rasa biasa je tapi taruk benda tu terus sedap. haha


Sampai ke Kandy agak lewat petang masa tu so jalan dah agak jammed sebab ramai orang ofis dah mula balik ke rumah. Ikut hati macam malas je nak ke Kandy ni tapi sebab dulu time sejarah dan geografi pernah baca pasal Kandy, kan? So, kenalah datang. haha.

Pemandangan dari atas.

Di Kandy juga terdapat kedai2 jual cenderamata diorang tapi memang mahal. Satu sebab harganya dalam USD. Kedua, memang mahal lah semuanya. Sebab memang khas kedai2 ni untuk tourist je kan. Orang local takkan nak beli benda2 macam ni





Di Kandy ni juga ada Temple of tooth relic, Salah satu heritage site kat sini. Dipercayai, gigi Buddha disimpan didalam temple ini. Tapi tak nampak pun actually gigi tu. Dia simpan dalam tempat khas yang takde siapa boleh masuk. Lagi satu, untuk masuk dalam temple ni kena bukak kasut ya. Untuk maklumat lebih lanjut baca ni "Sri Dalada Maligawa or the Temple of the Sacred Tooth Relic is a Buddhist temple in the city of Kandy, Sri Lanka. It is located in the royal palace complex of the former Kingdom of Kandy, which houses the relic of the tooth of the Buddha. Since ancient times, the relic has played an important role in local politics because it is believed that whoever holds the relic holds the governance of the country. Kandy was the last capital of the Sri Lankan kings and is a World Heritage Site mainly due to the temple". (ambik dari google je. haha).


Malam tu kami ada discussion sikit dengan ground operator kami disana tentang trip yang akan datang di restoran masakan cina Xilaton. Chefnya orang daripada Seremban tau. Jangan main2. Memang sedap makan kat sini.

By the way, on the actual date kan, instead naik bas ke Kandy, kami naik keretapi luxury diorang, Viceroy train. The Viceroy Special a vintage steam train and the only one currently in operation in Sri Lanka, offers a more luxury travel experience. Complete with period fittings, a bar and smoking area, dining and recreation area, plush seating with an observation cabin, on board music and Wi-Fi, and four course menus, The Viceroy offers an experience like no other. The train is run on a charter basis and runs to any destination in the island. The hill country ride in Sri Lanka, which is considered to be one of the most picturesque train journeys in the world, will be a journey best experienced on the Viceroy Special.

Cuma masa kami naik ni, ada issue sikit sebab ada keretapi sudah terbalik kat salah satu stesen di depan so masa kami kena cut. Ride yang sepatutnya 2 hingga tiga jam jadi sejam je. Tu je lah nak kabar. Memang agak menarik juga dapat naik train ni cuma kalau takde insiden ni, lagi best pengalaman dia. Oh, dan mereka juga serve free flow kopi dan teh tapi air mineral diorang tak provide. Kena beli dekat bar. Kalau ada yang nak minum alkohol pun ada dekat bar, cuma, biasalah kan - mahal.









Tiada ulasan: