Ahad, 29 November 2015

Sri Lanka & Maldives - Day 2


Hari kedua dimulakan dengan brekfast yang amat banyak dan menyelerakan di hotel Kingsbury Colombo. Kemudian kami pun memulakan our simple city tour :p

Tempat pertama yang kami lawat ialah Independence Memorial Hall:






Pastu pusing-pusing tengok penjara, rumah presiden, stadium kriket. Malas nak turun sebab panas sangat masa tu dan sebab nak kejar masa. Kejar masa pergi mana? Pergi shopping kat Fashion world. haha. Takde lah besar mana pun tempat dia ni tapi oklah, banyak juga barang2 rare yang takde kat KL. Yg famous kat sini linen dia lah kan. Memang murah la kalau nak compare kat KL. Ingat nak beli tapi relax dulu, nanti2 lah. Pastu langsung tak pergi tempat ni lagi sebab busy.



Lepas Fashion world, kami pergi ke Negombo untuk inspect hotel Jetwing Lagoon. Hotel ni beza lah konsep dia dengan Kingsbury. Hotel ni lebih resort like while Kingsbury lebih macam city hotel. 4 star resort dan agak sunyi dan relaxing. Ramailah omputeh tinggal sini.










Swimming pool dia memang panjang. Boleh kurus kalau selalu swim disini




Actually, on the actual date of traveling with group, kitorang ambil hotel ni sebab lebih tenang dan private kalau dibandingkan dengan Kingsbury Hotel yang agak padat dan sesak. Makanan dihotel ni pun agak sedap juga. Breakfast spreadnya juga banyak tapi tak sebanyak dan semewah Kingsbury.

Lunch. Dap dap

Lepas inspection di hotel Jetwing Lagoon, kami check out another hotel yang under Jetwing punya chain juga iaitu hotel Jetwing Beach. Bila sampai sana, entah ah, saya dapat rasa vibe Phuket. Maybe sebab dia punya hotel deco kot. hehe




Cantik juga kan? Pada pendapat saya, hotel ini sesuai untuk anak2 muda sebab concept dia lebih happening. Agak luas juga kawasan dia. Hopefully dapat stay dihotel ini bila kami ke Sri Lanka lagi satu hari nanti :)

Kalau anda mencari ketenangan semasa bercuti, kami cadangkan anda ambil hotel di area Negombo ni sebab tak sepadat Colombo. Kalau nak compare dia lebih kurang macam, Melaka lah while Colombo tu KL. Jarak perjalanan dia pun lebih kurang sama l sejam setengah macam tu.

Tiada ulasan: