Khamis, 26 November 2015

Lombok - April 2015 - Day 4

Hari terakhir di Lombok, kami mulakan dengan breakfast yang awesome di Hotel Sheraton. Kemudian kami pun terus ke airport untuk membantu group pertama check in di airport. Setelah habis, kami pun kembali ke hotel untuk berjumpa dengan group kedua. Setelah check out, kami pun pergi lunch. Seriously, kat sini baru dapat rasa makanan yang sedap gilaaaaaa.....

Nama kedai tak nampak sangat hehe. BTW, lelaki berbaju coklat itulah Mes ;)

Disebabkan ada yang tak dapat pergi melawat tempat menenun pada hari pertama, kami pun pergi sekali lagi tapi di tempat yang lain pula.


Setelah lepak-lepak sebentar disini, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke airport. Tak sabar nak balik KL. hehe


Menurut guide kami, orang di Lombok kebanyakannya miskin dan tak berpeluang nak naik kapal terbang. Jadi diorg pun pergi ke airport just untuk tengok kapal terbang depart dan landing. Siap tepuk tangan setiap kali.


Lombok berlainan dengan Bali malah ramai orang mengatakan yang Lombok ialah Bali 20 tahun lepas. Memang betul pun actually sebab memang agak mundur sikit dan tak berapa happening. Mungkin ada yang lebih sukakan tempat yang kurang develop untuk pergi berjalan tapi pada saya, saya lebih prefer Bali. Lombok juga terkenal dengan panggilan "Pulau Seribu Pulau" berlainan dengan Bali - "Pulau Seribu Kuil". Pelik jugak, taktau la mcm mana diorang kira pasal mukim sebab ada masjid yang macam dekat sangat je. Entahlah saya tak arif sangat. Yang lagi pelik, banyak masjid2 ni yang separa siap. heh.

Berkenaan cerita pasal penculikan tu pulak, menurut guide dan orang2 disini, benda tu adalah tradisi diorang. Nak menunjukkan kejantanan dengan "merampas" gadis yang mereka suka daripada keluarga mereka. Padahal orang tua dia pun dah tau dah pasal anak dia bercinta dengan si polan yang nak menculik tu. Pastu yang perempuan tu pulak, kalau ada ramai yang suka dia, dia boleh pilih siapa yang paling dia suka. Kalau dia tak suka, dia kan bagi alasan melambat-lambatkan lelaki yang suka tu setiap kali lelaki tu datang ke rumah dia untuk berborak malam2. Tapi kalau dia suka, dia akan bagi2 hint macam "Abang, ambillah saya jadi isteri abang. Bawalah saya pergi" Masa itulah "penculikan" itu akan berlaku.

Kesimpulannya tak payahlah risau pasal kena culik ya kalau ke Lombok. hehe. Untuk saya pulak, saya akan tunggulah kalau nak pergi sini lagi. Maybe lagi 5 tahun baru datang rasa nak lawat Lombok ni balik kot. hehe.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lawa2 gambar bang..