Ahad, 29 November 2015

Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir


Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir

Saph
Berat mata tapi tangannya ringan
Muat mulut, belum sempat nak simpan
Duit minyak dan tol berkepul-kepul
Aku kejar kertas macam orang tak betul

Wajar ku melabur sambil ku beratur
Di pinggir pinggan hanya makan yang teratur
Piramid hidup, aku akur dengan catur
Mainan raja tapi askar yang diatur

Berbapakkan nasib, beribukan peluang
Beratus yang berpucu, beribu yang pulang
Impianku tinggi nak cari sekupang
Hidupku penuh, penuh penuh dengan hutang

Pencarian dalam pendakian bukan isu
Kalah dalam perancangan macam tertipu
Dalam rumah, atas kertas, hanya kat situ
Masih bawah tangga, masih bawah tiga ribu

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

NBE
7 balas 11, seribu satu dulang
belum wang hantaran, baik jadi bujang - senang
raja sehari tanggung bertahun hutang
bukan soal adat tapi takut mulut orang

bila barang naik, bini merengek,
bukan miskin bandar, ramai dah sengkek,
akal tak boleh cetek tinggal kat pantai dalam,
kerja kerja kerja, sampai lewat malam

tayar kete botak tak ada bunga
kredit kad pula hanya mampu bayar bunga
harga air di Pelita macam minyak per liter
tak dapat jawapan, jualkan saja Unser

dulu belanja tak fikir, sekarang ke AKPK
mulut asyik mengeluh, jarang sekali berzikir
ukur baju di badan, nak lebih dari itu
boleh jadi tiga suku bila bawah 3 ribu.

Faizal Tahir
Membujur lalu, melintang patah hidupku diratah
(Pencarian dalam pendakian bukan isu, Kalah dalam perancangan macam tertipu)
Siapa? dimana? suara yang membela?

Yang ku ada, untuk sementara
Yang diberi bukan selalu yang dipilih
Terus mencari
Yang ku rasa , kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

Dan bagaimana yang dibawahnya?
(Hidup penuh dengan kemungkinan)
Dan sampai bila mahu ditanya?
(Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan)
Dan bagaimana yang dibawahku?
(Yang dibawah sesat entah kemana)
Dan sampai bila mahu ditunggu dan bagaimana?

Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan
Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan!

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku
Bertahan
Bertahan. aku.
Berjalan.
Berjalan terus...


*Lirik berwarna biru hanya ada dalam full song sahaja.
**Video on the way. Doakan agar kami dapat siapkan. Insya Allah.
***Secara jujurnya aku amat suka lirik yang aku tulis untuk lagu ni. Antara lirik terbaik yang pernah aku tulis. Dan secara jujurnya, lirik aku untuk lagu ni sebenarnya agak personal. Terlampau personal untuk aku tulis dan rap. Tapi, yah, bukan ku sorang yang hadap benda ni. Ramai orang yang menghadap.

God bless Malaysia.

Sri Lanka & Maldives - Day 3

Seperti hari semalam, breakfast ialah waktu yang ditunggu tunggu untuk makan. Ha ha. Harini kami ke Kandy. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam (tanpa jammed). Sepanjang perjalanan, kami hanya menghayati dan melayani perasaan sampailah tiba-tiba Dania sakit perut. Kelam kabut driver tu bila kami suruh dia berhenti kat mana2 farmasi berdekatan. Pastu driver suggest Dania minum air ayurvedic ni. Katanya sri lankan selalu minum kalau sakit perut. Kami pun belilah dan suruh anak tersayang ni minum. Dia minum sikit je pastu dia taknak. Adoyai, sudahlah susah mencari farmasi ni pastu dia buat hal pulak. Pastu try la air tu, mmg patut pun Dania taknak minum. Rasa apa ntah. Mcm menthol dan payau. urghhh.. Tapi tak lama lepas tu perut dia pun ok. Alhamdulillah.






Sebelum sampai ke Kandy kami stop dulu kat tempat spices ni. Penat woo duduk dalam kereta lama2. Baiklah stop kejap ye tak, Dengar lah orang kat situ explain pasal herba2 spices etc. Boring lah. Sudahlah harga spices diorang mahal gila kalau compare dengan Adabi ke, Alagappas ke. haha.TAPI highlight dia bila ada orang massage. Ayurveda massage. Perghhhh memang layan broooo..

Gambar2 lain agak censored, so tak upload la ya.

 Lepas tu kami pun makan lunch kat sini jugak sambil borak2 dengan guide tempat ni. Oh btw, kat Sri Lanka ni ada macam sambal kering. Sedap gak. Mana2 restoran selalunya ada. Ingat tak first night tu kami makan kat Dine-mon? Kat situ yang paling sedap. Kadang2 makanan rasa biasa je tapi taruk benda tu terus sedap. haha


Sampai ke Kandy agak lewat petang masa tu so jalan dah agak jammed sebab ramai orang ofis dah mula balik ke rumah. Ikut hati macam malas je nak ke Kandy ni tapi sebab dulu time sejarah dan geografi pernah baca pasal Kandy, kan? So, kenalah datang. haha.

Pemandangan dari atas.

Di Kandy juga terdapat kedai2 jual cenderamata diorang tapi memang mahal. Satu sebab harganya dalam USD. Kedua, memang mahal lah semuanya. Sebab memang khas kedai2 ni untuk tourist je kan. Orang local takkan nak beli benda2 macam ni





Di Kandy ni juga ada Temple of tooth relic, Salah satu heritage site kat sini. Dipercayai, gigi Buddha disimpan didalam temple ini. Tapi tak nampak pun actually gigi tu. Dia simpan dalam tempat khas yang takde siapa boleh masuk. Lagi satu, untuk masuk dalam temple ni kena bukak kasut ya. Untuk maklumat lebih lanjut baca ni "Sri Dalada Maligawa or the Temple of the Sacred Tooth Relic is a Buddhist temple in the city of Kandy, Sri Lanka. It is located in the royal palace complex of the former Kingdom of Kandy, which houses the relic of the tooth of the Buddha. Since ancient times, the relic has played an important role in local politics because it is believed that whoever holds the relic holds the governance of the country. Kandy was the last capital of the Sri Lankan kings and is a World Heritage Site mainly due to the temple". (ambik dari google je. haha).


Malam tu kami ada discussion sikit dengan ground operator kami disana tentang trip yang akan datang di restoran masakan cina Xilaton. Chefnya orang daripada Seremban tau. Jangan main2. Memang sedap makan kat sini.

By the way, on the actual date kan, instead naik bas ke Kandy, kami naik keretapi luxury diorang, Viceroy train. The Viceroy Special a vintage steam train and the only one currently in operation in Sri Lanka, offers a more luxury travel experience. Complete with period fittings, a bar and smoking area, dining and recreation area, plush seating with an observation cabin, on board music and Wi-Fi, and four course menus, The Viceroy offers an experience like no other. The train is run on a charter basis and runs to any destination in the island. The hill country ride in Sri Lanka, which is considered to be one of the most picturesque train journeys in the world, will be a journey best experienced on the Viceroy Special.

Cuma masa kami naik ni, ada issue sikit sebab ada keretapi sudah terbalik kat salah satu stesen di depan so masa kami kena cut. Ride yang sepatutnya 2 hingga tiga jam jadi sejam je. Tu je lah nak kabar. Memang agak menarik juga dapat naik train ni cuma kalau takde insiden ni, lagi best pengalaman dia. Oh, dan mereka juga serve free flow kopi dan teh tapi air mineral diorang tak provide. Kena beli dekat bar. Kalau ada yang nak minum alkohol pun ada dekat bar, cuma, biasalah kan - mahal.









Sri Lanka & Maldives - Day 2


Hari kedua dimulakan dengan brekfast yang amat banyak dan menyelerakan di hotel Kingsbury Colombo. Kemudian kami pun memulakan our simple city tour :p

Tempat pertama yang kami lawat ialah Independence Memorial Hall:






Pastu pusing-pusing tengok penjara, rumah presiden, stadium kriket. Malas nak turun sebab panas sangat masa tu dan sebab nak kejar masa. Kejar masa pergi mana? Pergi shopping kat Fashion world. haha. Takde lah besar mana pun tempat dia ni tapi oklah, banyak juga barang2 rare yang takde kat KL. Yg famous kat sini linen dia lah kan. Memang murah la kalau nak compare kat KL. Ingat nak beli tapi relax dulu, nanti2 lah. Pastu langsung tak pergi tempat ni lagi sebab busy.



Lepas Fashion world, kami pergi ke Negombo untuk inspect hotel Jetwing Lagoon. Hotel ni beza lah konsep dia dengan Kingsbury. Hotel ni lebih resort like while Kingsbury lebih macam city hotel. 4 star resort dan agak sunyi dan relaxing. Ramailah omputeh tinggal sini.










Swimming pool dia memang panjang. Boleh kurus kalau selalu swim disini




Actually, on the actual date of traveling with group, kitorang ambil hotel ni sebab lebih tenang dan private kalau dibandingkan dengan Kingsbury Hotel yang agak padat dan sesak. Makanan dihotel ni pun agak sedap juga. Breakfast spreadnya juga banyak tapi tak sebanyak dan semewah Kingsbury.

Lunch. Dap dap

Lepas inspection di hotel Jetwing Lagoon, kami check out another hotel yang under Jetwing punya chain juga iaitu hotel Jetwing Beach. Bila sampai sana, entah ah, saya dapat rasa vibe Phuket. Maybe sebab dia punya hotel deco kot. hehe




Cantik juga kan? Pada pendapat saya, hotel ini sesuai untuk anak2 muda sebab concept dia lebih happening. Agak luas juga kawasan dia. Hopefully dapat stay dihotel ini bila kami ke Sri Lanka lagi satu hari nanti :)

Kalau anda mencari ketenangan semasa bercuti, kami cadangkan anda ambil hotel di area Negombo ni sebab tak sepadat Colombo. Kalau nak compare dia lebih kurang macam, Melaka lah while Colombo tu KL. Jarak perjalanan dia pun lebih kurang sama l sejam setengah macam tu.

Sabtu, 28 November 2015

Sri Lanka dan Maldives 2015 - Day 1

Maldives. Siapa tak nak pergi Maldives kan?
Alhamdulillah tahun ni kami berkesempatan untuk ke Maldives sebanyak 2 kali. Pertama kali ialah semasa recce process iaitu pada bulan April 2015 dan kali kedua bersama group pada May 2015.

Ada dua penerbangan ke Maldives dari Malaysia. Pertama ialah direct flight dari KL via Air Asia (masa kami pergi, sebenarnya ada MAS dengan Sri lankan airlines je tapi MAS dah tutup route dan AA ambik alih) dan kedua ialah dengan menaiki Sri Lanka Airlines. Tapi kalau naik SLA atau UL mesti kena transit di Colombo. Transit pun tak lama sangat. Ok ok lah tapi untuk flight balik kami nasihatkan supaya ambik transit yang lama sikit (3 - 6 jam) sebab flight kat Male airport selalu delay. Kami dah terkena. Ambik yg 1 jam punya transit pastu boom delay kat Male sejam. Sampai je Colombo, flight dah balik Malaysia. adoi.

Okay, so hari pertama recce kami kena pergi Sri Lanka dulu sebab itinerary kami memang 3 malam di Sri Lanka dan 2 malam di Maldives. So kami naik flight awal UL untuk ke Colombo. Pada pendapat saya, Sri Lanka airline ialah penerbangan yang terbaik yang pernah saya naik (buat masa sekarang.hehe). Seat luas, kapal terbang baru, makanan pun ok. Layanan pramugari dan pramugara biasa je lah kalau nak compare dengan Malaysian hospitality.




Setibanya di Bandranaike, Kami pun terus buat buat Visa kami disana. Buat on arrival je tapi kalau nak jimat boleh buat online. Murah USD5 kalau tak silap. Proses visa sekejap je sebab tak ramai orang dan kemudian kami pun cepat2 keluar sebab dah excited nak tengok Colombo. Process immigration dan beg berjalan lancar dan kami pun disambut oleh driver kami di sesampainya diarrival hall. Time kat sini kena hati2 sikit la, ramai orang akan ambil kesempatan kat kita. Saya boleh terkena pulak. haha. Ada mamat ni nak tolong2 angkat luggage pastu entah kenapa jadi kelam kabut masa tu and dia mintak duit and tunjuk warna hijau (kot) dan saya terbayar la pulak. Driver tu bila dah pergi baru cakap yang mahal sangat saya bayar. hek eleh. Patut takyah cakap la kan. Buat spoil mood je.

Sesampainya masa tu memang tengah waktu peak diorang so agak jammed la traffic. Kami dibawa menuju ofis partner kami di Colombo. Setelah meredah jammed dan sampai di sana, kami berbual dengan host kami En Barshaan untuk berbincang tentang aktiviti kami sepanjang berada di Colombo dan terus menuju ke hotel untuk check in. Hotel yang kami duduk ialah Kingsbury hotel. Gempak hotel ni. Lawa gila. Bilik dia kecik je and takde balcony tapi barang2 dia memang berkualiti. Bayangkan lah, syampu dan sabun mandi daripada Bvlgari kot. haha








Actually, ada banyak jugak gambar hotel sebenarnya tapi hilang entah ke mana. Sedih betul.
Lepas check in hotel kami pun pergi mencari makan. Maybe dah malam sikit pastu kedai tak banyak bukak. Kalau tak silap berdektan dengan hotel tu ada Chilis ke TGI tapi malas la nak makan sebab was was. So, kami pun ambik tuk tuk dan pergi mencari makan ikut driver tuktuk tu punya suggestion.
Nama restoran tu Dine-mon. Biasa2 lah lauk dia. Siap ada nasi goreng singapore lagi. haha


Lepas dinner, balik tidur lah sebab esok banyak aktiviti nak buat. See you tomorrow.