Sabtu, 26 Disember 2015

Sri Lanka & Maldives - Day 5

Hari ke 5, kami mulakan dengan simple breakfast. Toast dan coffee. Cuaca agak baik harini dan sewaktu dalam perjalanan ke jeti (depan airport), barulah kami dapat tengok Maldives yg sebenar benarnya. Air laut dia biru gilaaaaa dan ni baru kat jeti :o





Pemandangan Male city dari hulhumale


So, harini kami ke Chaaya Island Dhonveli Beach and Spa, Maldives. Perjalanan cuma mengambil lebih kurang 30 minit via speedboat drpd jeti.Maybe sebab pemandangan dia memang cantik sangat so tak terasa langsung 30 minit tu. Sepanjang perjalanan dapat juga tengok dolphin daripada jauh. BEST SUNGGUH!

 
Sesampai je di resort ni, macam biasa, kami dan tetamu lain disambut dengan cold towel dan welcome drinks. Reception terletak berdekatan dengan jeti. Pekerja disini kebanyakannya daripada Phillipines, Indonesia (spa) dan dari Bangladesh. Kami diberi penjelasan tentang bilik2 yang ada disini. Cantik juga bilik2nya dan hampir semua bilik ada beachfront cuma certain tempat tak boleh mandi sebab merbahaya.
Bukan senang dapat peluang selfie kat Maldives :p
 
Kalau barang jatuh, confirm jumpa punya lah.
   
 


Cantik kan water bungalow dia. Memang sesuai untuk honeymooners.

Harga balinese massage kat sini boleh dapat berpuluh kali massage kat Bali. haha

Setelah selesai room dan site inspection, kami pun pergi lunch. Ha, kat sini problem sikit la ya nak makan utk muslim sebab diorg ada serve pork dan ada makanan yg ada wine. Memang diorg ada labelkan makanan2 tu tapi you know lah kan..sudu, pinggan etc.. and sepanjang pergi melawat 2 resort kat Maldives ni, untuk time makan diorg dah set kan meja utk kita. maksudnya masa datang ke restoran, ada org akan tunjukkan meja kita kat mana. Jangan pulak kau nak marah dia. Memang dah sistem dia macam tu. Next time boleh la request nak duduk mana, diorg cross check dan kalau takde org lain kat situ, boleh lah pindah. Nak makan sambil tgk pantai ke, apa ke. Makanan diorg, ok ok lah. Dessert semua ada, lengkap.

Lepas makan, disebabkan tak boleh tahan tengok air dia, terus lah mandi manda.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah puas menikmati facilities di resort ni, kami pun berangkat pulang. Kembali ke hulhumale. Esok kita akan ke resort yang lain pula. See youuuuu...

Jumaat, 25 Disember 2015

Sri Lanka & Maldives - Day 4

Hari ke 4 ialah hari yang paling dinanti-nantikan. Kami akan melawat MALDIVES!!!
Excited gila. So lepas breakfast dan check-out daripada Kingsbury kami pun terus ke Bandranaike Airport untuk menaiki pesawat ke Maldives. Penerbangan dari Sri Lanka ke Maldives mengambil lebih kurang 1 jam 30 minit. Sekejap je, tapi still dapat makanan dalam flight Sri lankan Airlines, hehe.

11357275_467291453427452_3845021116986170966_o
Sesampai je di airport Ibrahim Nasir, mcm biasa, kita kena fill up arrival card. Harus diingatkan mereka melarang keras sebarang arak dari luar dibawa masuk ke Maldives. Jadi, janganlah beli arak kat duty free Sri Lanka dengan harapan nak bawak masuk ye. Memang tak lepas. Penduduk Maldives memang 100% muslim tapi saya rasa itu bukan sebab sebenar tak boleh bawak arak masuk.

Anyway, selepas proses imigresen dan kastam selesai, kami pun keluar untuk berjumpa dengan teman kami dari Maldives yang menguruskan penginapan kami. Dah tak sabar sangat nak hirup udara Maldives. hehe.

Sewaktu kami tiba dah agak lewat petang dan cuaca agak mendung tapi ianya sama sekali tidak menjejaskan excitement kami. Kami pun berjalan keluar dan mula mengambil gambar. Jakun la dapat tengok Maldives dengan mata sendiri. Setelah kenderaan kami sampai, kami pun pergi ke Hulhumale.

Hulhumale ni terletak berdekatan dengan airport Maldives, Ibrahim Nasir. Tak payah naik bot atau feri untuk ke Hulhumale. Naik kereta je dah cukup. Disini ialah salah satu tempat dimana rakyat Maldives tinggal selain bandar mereka iaitu Male. Disini terdapat banyak rumah-rumah ala2 flat 5 tingkat dan juga guest house. Guest house disini banyak digunakan sebagai transit je. Sebagai contoh, time kami datang ni MAS ada route kesini tapi flight ke Maldives malam. Dalam pukul 10 malam. So, kebanyakan orang ambil guesthouse ni untuk duduk sehari sebelum pergi ke resort mereka keesokannya.
(Saya check flight airasia pun sama juga. sampai malam dan fly balik pun malam)
1) Eve Guesthouse, Hulhumale.
Ini ialah guesthouse yang kami diami selama 2 malam. Namanya Eve guesthouse. Terletak di kawasan yang agak strategik di depan pantai Hulhumale. Ownernya masih muda lagi dan pernah tinggal di Malaysia. Actually lepas berborak dengan beliau baru saya tahu yang ramai Maldivian yang tinggal di Malaysia. Either study atau bekerja. Jiran saya pun orang Maldives juga. hehe

Walaupun namanya guesthouse je, tapi dalam bilik siap ada bath tub tau. haha. Gambar diatas tu kira macam ruang tamu la untuk semua orang kongsi. Agak2 bosan lepak dalam bilik, boleh lah pergi keruang tamu untuk menonton TV atau melepak lepak.

Dekat kawasan ruang tamu ni juga, ada dapur. Mungkin dibenarkan masak cuma tak boleh la kot masak yg heavy2 macam rendang tok atau gulai kawah. Diorg pun tak provide breakfast (kalau nak kena charge additional) so, boleh la masak telur dadar etc utk breakfast atau makan malam sikit2. Tapi try double check dgn owner dia kalau kamu nak datang sini dan memasak ya.

Setelah check in, kami pun terus bertukar ke pakaian pantai dan terus ke pantai Hulhumale. Teman Maldives kami hanya mampu tertawa kecil je bila dia lihat gelagat kami. Dia cakap "Wait until you go to the resort" sambil tersenyum.
20150430_174107 (640x480)
Pantai dia agak jernih juga. Cantiklah kan kalau nak compare dengan PD atau Pengakalan Balak :p tapi saya rasa bau dia mcm agak hanyir. Tak pasti la sebab apa. Tapi berbau hanyir. Lepas tu, kawasan pantai agak tak terjaga sebab banyak jugak botol-botol dan tin-tin arak dekat situ. Dekat sini pun actually tak berapa best nak mandi sebab banyak karang-karang yang mati dekat sini. So agak sakit jugaklah kaki setiap kali terpijak karang2 ni. Lepas tu, bila dah bau hanyir tadikan fikiran dah macam2 so rasa macam bila keluar je air rasa gatal-gatal. haha. taktau la sebab air kotor atau memang mind dah set macam tu kan?

Takde hiburan malam di hulhumale dan kebanyakan tempat tutup awal. Makanan kat sini pun tak berapa kena dengan tekak saya so rasanya malam tu lepas meeting kami pun balik tidur je. Esok nak pergi melawat resort.