Khamis, 26 November 2015

Lombok - April 2015 - Day 3

Amaigad, perjalanan daripada Sheraton ke Senggigi waterfall agak jauh. 3 jam lebih tu. Capek bro. Sesampainya ke situ, kami pun makan tengahari dulu di Pondok Senaru. Fuhh tempat ni memang baek. Pemandangan dia memang cun. Menghadap gunung ganang. Best



Selepas lunch, kami pun terus ke air terjun pertama kami. Actually agak dekat je air terjun sendang gila tu. Lebih kurang 30 minit je. Dan perjalanan pergi senang je sebab turun tangga :p








Sesudah bergambar di air terjun Sendang Gile, kami pun meneruskan perjalanan ke air terjun kedua, Tiu Kelep. Guidenya bilang, kurang lebih 45 menit perjalanannya. So, adalah beberapa orang yang tak ikut disebabkan masalah kesihatan dll.



Haaa, perjalanan ke Tiu Kelep ni memang agak mencabar. Banyak sungai2 yang perlu diredah. Masa kami pergi tu, tak hujan so takdelah deras sangat. Adalah 1 sungai ni je yang agak deras tapi dengan ilmu yang diajar oleh guide kami, Alhamdulillah semuanya selamat.


Sepanjang jalan tu, setiap kali jumpa dengan orang2 yang dalam perjalanan balik, semua macam "Jauh lagi pak, jauh lagi". Ingatkan Malaysian je, rupanya ini penyakit Asean kot. Asyik nak downkan orang je. Cubalah bagi motivasi sikit ye tak? hehe. Sampai la kat satu part ni, mamat ni cakap "jauh lagi" walhal depan tu sikit je. Lagi 2-3 tapak lepas panjat batu besar je. Itupun nak tipu. haha.







Walaupun perjalanan ke Tiu Kelep ni agak memenatkan dan sedikit mencabar (mungkin lebih mencabar kepada orang yang lebih berumur) tapi bila dah sampai memang berbaloi. Air dia bersih, sejuk. Memang refreshing sangat-sangat. Untuk trip kali ni memang air terjun Tiu Kelep ni lah highlightnya pada saya. Insya Allah kalau datang Lombok lagi, saya akan ke sini lagi sekali.

Macam saya beritahu tadi, perjalanan pergi senang je sebab turun bukit so, faham2 lah bila balik tu kena daki tangga yang tinggi2 tu. Memang mencabar fizikal dan mental. Kalau nak tengok video perjalanan ini boleh check out youtube Flynn Good Holiday: 


Malam ketiga ni kami organize dinner di hotel. Sheraton Senggigi memang best dari segi makanan. Hiasan mereka pun ok. Cantik juga. Tapi mungkin sebab dah flat sgt, saya tak selera nak makan.







Sebelum ini, semasa kami check passport tetamu2 kami, kami notice yang ada seorang tetamu tarikh lahirnya pada hari tersebut dan ada beberapa tetamu lagi yang tarikh2 lahirnya berdekatan maka kami pun plan a surprise birthday party untuk April babies.

Selepas dinner, since ini last night kami disini kami pun keluar bersiar siar walaupun dah agak lewat (dan hujan renyai2) untuk melihat-lihat keadaan Senggigi diwaktu malam. Nothing much to see to be honest sbb banyak kedai dah tutup. Kami pun pergi massage dan kemudian balik kehotel menggunakan Cidomo (kereta kuda). Harga naik Cidomo ni lagi mahal daripada naik teksi ya. Naik teksi pun 30,000 (minimum charges) je. hehe



1 ulasan:

Valerie berkata...

Tumpang tanya, berapa agaknya kos perjalanan daripada Sheraton Senggigi ke Sendeng Gile? Dan kos untuk guide kalau ada 3 orang?