Ahad, 29 November 2015

Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir


Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir

Saph
Berat mata tapi tangannya ringan
Muat mulut, belum sempat nak simpan
Duit minyak dan tol berkepul-kepul
Aku kejar kertas macam orang tak betul

Wajar ku melabur sambil ku beratur
Di pinggir pinggan hanya makan yang teratur
Piramid hidup, aku akur dengan catur
Mainan raja tapi askar yang diatur

Berbapakkan nasib, beribukan peluang
Beratus yang berpucu, beribu yang pulang
Impianku tinggi nak cari sekupang
Hidupku penuh, penuh penuh dengan hutang

Pencarian dalam pendakian bukan isu
Kalah dalam perancangan macam tertipu
Dalam rumah, atas kertas, hanya kat situ
Masih bawah tangga, masih bawah tiga ribu

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

NBE
7 balas 11, seribu satu dulang
belum wang hantaran, baik jadi bujang - senang
raja sehari tanggung bertahun hutang
bukan soal adat tapi takut mulut orang

bila barang naik, bini merengek,
bukan miskin bandar, ramai dah sengkek,
akal tak boleh cetek tinggal kat pantai dalam,
kerja kerja kerja, sampai lewat malam

tayar kete botak tak ada bunga
kredit kad pula hanya mampu bayar bunga
harga air di Pelita macam minyak per liter
tak dapat jawapan, jualkan saja Unser

dulu belanja tak fikir, sekarang ke AKPK
mulut asyik mengeluh, jarang sekali berzikir
ukur baju di badan, nak lebih dari itu
boleh jadi tiga suku bila bawah 3 ribu.

Faizal Tahir
Membujur lalu, melintang patah hidupku diratah
(Pencarian dalam pendakian bukan isu, Kalah dalam perancangan macam tertipu)
Siapa? dimana? suara yang membela?

Yang ku ada, untuk sementara
Yang diberi bukan selalu yang dipilih
Terus mencari
Yang ku rasa , kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

Dan bagaimana yang dibawahnya?
(Hidup penuh dengan kemungkinan)
Dan sampai bila mahu ditanya?
(Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan)
Dan bagaimana yang dibawahku?
(Yang dibawah sesat entah kemana)
Dan sampai bila mahu ditunggu dan bagaimana?

Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan
Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan!

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku
Bertahan
Bertahan. aku.
Berjalan.
Berjalan terus...


*Lirik berwarna biru hanya ada dalam full song sahaja.
**Video on the way. Doakan agar kami dapat siapkan. Insya Allah.
***Secara jujurnya aku amat suka lirik yang aku tulis untuk lagu ni. Antara lirik terbaik yang pernah aku tulis. Dan secara jujurnya, lirik aku untuk lagu ni sebenarnya agak personal. Terlampau personal untuk aku tulis dan rap. Tapi, yah, bukan ku sorang yang hadap benda ni. Ramai orang yang menghadap.

God bless Malaysia.

Tiada ulasan: