Khamis, 26 November 2015

Lombok - April 2015 - Day 2

Ini ialah kali kedua saya tinggal di Holiday resort. Bilik hotelnya oklah. Pemandangan pun cantik tapi dia punya breakfast, alahai. Tak best. So, ikut plannya hari kedua kami ke Gili Trawangan. Selepas check out daripada Holiday Resort kami terus ke jeti untuk ke Trawagan. Beg2 kami diuruskan oleh Mes untuk dihantar ke Sheraton.


Sebelum naik boat, kenalah shopping dulu. Ada topi, shade & selipar dijual disini.


Kemudian, kami pun naik old school style boat untuk hantar kami ke Gili Trawangan. Sekejap je ke sana tapi sebab naik yang tradisional punya boat, ambik masa lebih kurang 30 min. Kalau naik speedboat dalam 10-15 minit je. Sesampainya disana, kami base di Oda Cafe. Semua barang diletakkan disana dan kemudian kami mulakan aktiviti. Group pertama pergi snorkeling dan group ke dua naik glass bottom boat.

Group 1









Group 2

Tak banyak pulak gambar untuk group ke 2 ni. Takpe, boleh tengok video di bawah ni


Selepas snorkeling dan glas bottom boat activities, kami pun makan lunch di Oda cafe (halal) dan kemudian melakukan aktiiti2 bebas seperti:

Menikmati pemandangan pantai



Naik beskal keliling pantai


skodeng bule (minah salleh)

Naik cidomo

Try street food
Parasailing

Kayaking

Setelah puas setengah hari di Gili Trawangan, kami pun kembali berangkat ke Senggigi. Sebelum balik kita tangkap gambar dulu dekat sign dia. BTW, dekat sini pun ada masjid, so bolehlah pergi solat juga.


Me & My missus

Selepas sampai kami stop di satu perhentian ni atas bukit untuk melihat pemandangan 3 gili dari atas. Kalau tak silap nama dia Malibu hill. Berhenti kat sini pun ada ramai orang yang akan menjual barang2 kat kita,

Kemudian kami stop di sebuah kedai yang menjual makanan2 khas Lombok termasuk madu, keropok etc.


Kebetulan time kami datang tengah musim durian so kami pun tak lepaskan peluang untuk makan durian Lombok. Sebelum makan malam. Malam itu setelah check in di Sheraton, kami pun tidur sebab esok nak bangun awal sebab nak pergi waterfall!

*Pendapat saya tentang Gili Trawangan ni sebenarnya tidak seindah yang saya bayangkan. Saya datang ke sana hari sabtu, so suasana agak crowded dan congested. Rasa mcm semak je. Kawasan pantai dia tak besar, so tak berapa chill. Boat2 parking dekat2 dengan pantai, kat situ jugaklah tempat snorkelingnya. haish. So kepada yang nak pergi ke Gili Trawangan tu nanti, rancanglah supaya pergi during weekdays ya.


Tiada ulasan: