Rabu, 18 November 2015

Ho Chi Minh City - Day 2

Selepas breakfast di restoran halal berdekatan hotel, kami meneruskan perjalanan ke Mytho, capital of Tien Giang province. 2 jam perjalanan daripada HCM city. Jalan dia lurus je TAPI salah satu precaution yang anda kena ambil, haruslah pergi toilet dulu sebelum naik bas. Takde toilet stop langsung bila dah masuk tol dia. Kalau nak terkucil, adoi. paham paham la ya :p

Setibanya disana kami dibawa untuk shopping serba sedikit di sebuah pasar kecil disitu. Best jugalah shopping disini. Barang2nya berkualiti juga dan saya rasa lebih murah daripada Ben than market. Mungkin sebab less famous so lagi senang nak tawar menawar. Adalah juga spend beberapa puluh ringgit dekat sini.hehe



 


Setelah puas membeli belah, kami pun terus ke jeti. Sebelah jeti je tempat shopping ni. Selepas shopping, kami terus menaiki boat cruising melihat pulau2 kecil iaitu Long, Lan Qui dan Phuong. Setelah diberi penerangan tentang pulau2 tu, kami pun berhenti melawat coconut candy workshop. Kita dapat melihat cara2 mereka buat gula2 kelapa dan beli sebagai kenang kenangan. Mereka juga ada menjual barang2 kraftangan disini disamping beberapa barang2 unik seperti minuman2 keras.





 

Setelah puas disini kami pun singgah di rumah madu Mr Nam Ngo. Bukan madu-madu tau tapi actual madu lebah. hehe. Mereka menerangkan tentang madu2 dan lebah disitu kemudian beri kita tester. Kami belilah sebotol, tapi tak guna pun bila sampai Malaysia T__T





Kemudian kami pun terus menikmati makan tengahari sebelah tempat madu ni. Boleh tahan juga makanan disini. Sedap. Selepas lunch kami pun singgah di Qui Islet orchard untuk menjamah buah buahan dan mendengar  Don Ca Tai Tu Nam Bo' salah satu lagu rakyat org Vietnam. Kemudian macam biasa, setiap stop kat sana mesti ada tempat orang jual macam2. Barang2 lebih kurang macam yang ada kat Ben thanh dan tempat2 lain so kami pun just window shopping sikit2 sambil berjalan menuju ke jeti kecil untuk naik sampan menyusuri sungai mekong.





Sampan kami didayung oleh seorang perempuan yang dalam lingkungan 40-an macam tu dan seorang lelaki tua di belakang. Sepanjang perjalanan, dia sibuk cakap penat la apa lah. Saya cakap, kalau penat takyah la bawak laju2 tapi dia degil jugak. haha. Pastu kat belah kanan ada satu rumah usang dia cakap, itu rumah dia. Saya iyakan je pastu dalam hati saya cakap saya akan tanya yang lain2 pasal diorang punya pendayung sampan tu. Sampan ride tu biasa2 je lah. Setiap kali terserempak dengan orang, kami tegur sebab nak gembirakan diri sendiri. haha. Orang Malaysia pun ada juga time tu. Habis je perjalanan tu sampai ke bot kami, saya pun hulurlah bbrp ringgit untuk dia. Kesian. Anggap kita bantu ekonomi dia je lah kan.
Oh btw, memang semua pendayung sampan bagitahu rumah usang tu rumah diorg :p




Sesampai je kami ke jeti, tetamu kami tiba2 datang pula mood diorang nak shopping so kami pun duduk sambil berehat disitu. Boleh tahan jugak diorang shopping sampai dekat  sejam setengah. haha.


Kemudian kami menaiki bas untuk ke sebuah kilang yang menjual kain-kain dan telekung. Sebab tak berapa arif sangat dengan kain2 dan telekung, so kami takdelah beli. Ada lah juga tetamu yang beli kain buat pakai raya katanya. Saya cuba juga tengok2 kain dan telekung tapi rasa mcm normal je. Harga pun takde lah murah sangat. Maybe jadi murah kalau beli borong. Semasa disana, nampak diorang macam tengah pack2 kain banyak2. Katanya nak dihantar ke KL, ada orang borong. hehe.


Malam itu kami singgah ke kedai beg Kipling. Memang cantik2 beg nya dan kualitinya memang bagus. Kalau compare dengan yang dekat Ben Thanh memang jauh beza. Tetamu kami shopping betul2 kat sini. Banyak betul beg2 Kipling yang mereka borong. Saya pun ada juga lah beli baju Timberland sehelai. hehe. Kemudian kami dihantar ke hotel. Setelah letak barang2 hasil shopping tadi, kami ke Ben Thanh Market lagi sekali. Haha. Saja jalan2 cuci mata sambil minum kopi vietnam. Terbaik la walaupun penat.

Kalau nak tengok video tentang hari kedua, boleh klik link ini: Flynn Good Saigon Holiday Video

Tiada ulasan: