Pada March 2013, kami menguruskan percutian insentif untuk pekerja2 salah sebuah syarikat pakaian terkemuka di Malaysia (dan dunia) ke Ho Chi Minh city. Kami berkumpul di KLIA sebelum menaiki Vietnam Airlines(VN) ke sana. Flightnya ok dan makanannya memang sedap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selain daripada VN, kita juga boleh ke HCM menaiki Air Asia atau MAS.
Setibanya di sana, kami diambut oleh Helen, tour guide kami. Beliau selalu bawa tetamu dari Malaysia dan boleh berbahasa melayu serba sedikit :)
Setelah mengambil bagasi, kami pun terus naik ke dalam bas dan memulakan city tour kami.
Kami melawat Central Post Office, City Hall dan Saigon Notre Dame Cathedral. Setelah mengambil gambar kenang-kenangan kami terus ke hotel untuk check in.
Hotel yg kami pilih ialah Hotel Bloom. Saya amat berpuas hati dengan hotel ni. Harganya berpatutan dan sangat bersih. Biliknya agak kecil tapi dekat Ho Chi Minh memang macam ni. Hotel 3* mereka selalunya kecik2 je. Mereka convert shophouses jadi hotel. Kalau hotel 4* atau 5* je yang mereka macam proper hotel sikit. Lokasi hotel ini agak berdekatan dengan dengan Ben Than Market walaupun bukanlah depan2. Saya rasa memang bagus hotel ni sebab dia senyap sikit walaupun lokasi dia dekat dengan market terkenal tu. Just satu turn je kita dah sampai ke tempat yang hiruk pikuk dengan manusia dan satu turn lagi kita kembali ke hotel yang kawasannya tenang :)
Selepas check in hotel, kami pun had our dinner dekat restoran muslim disana. Selepas makan, kami pun terus ke Ben Than Market untuk melihat-lihat apa yang best sangat kat sana tu :p
Pada pendapat saya, nak beli baju2 macam I love Saigon atau apa2 baju pasal vietnam, kena lah pegang dan rasa2 kain dia dulu. Sebab ada kain yang keras dan gatal bila pakai. Kalau kat sana kenalah pandai tawar menawar juga. Tapi selalunya orang Malaysia takde masalah pasal tawar menawar ni. haha. Pada saya baju2 di HCM ni tak berapa kualiti sangatlah kalau nak bandingkan dengan Bandung tapi kalau dah biasa ke Bandung dan nakkan suasana lain, boleh lah ke sini. Paling best kat vietnam ni pastilah coffee dia kan. Setiap hari kami disana, memang kami akan minum coffee vietnam yang dijual oleh pekedai disana (actually bukan kedai tapi diorg naik motor gitu. haha). Dia siap boleh bancuh kopi untuk waktu malam. Lebihkan susu katanya supaya mudah tidur dan tak segar. Sepanjang disana dan minum kopi ni mmg tak pernah lah tak boleh tidur. letak kepala kat bantal je terus tidur. haha. Semasa kami di Bali tempohari, ada seorang client kami inform yang coffee disana diletakkan liquor untuk bagi orang datang lagi. Wallahualam bissawab. Taktaulah betul ke tak kan sebab yang bagitau pekedai restoran, so agak meragukan disitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan