Memaparkan catatan dengan label saigon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saigon. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2015

Ho Chi Minh - Day 3 & Day 4

Inilah breakfast kami untuk hari ketiga. Memang layan. Nampak tak cili tu? Nampak macam cili merah biasa je kan? Depa kata pedas tapi saya tak percaya. Lepas makan baru berdesing. Haha, layan


Hari ketiga ni kami nak pergi melawat Cu Chi tunnels. Agak excited juga la nak pergi kesini sebab ini salah satu sejarah yang kita ada belajar masa sekolah dulu kan. Sekarang masa untuk melawat the actual place gitu. Perjalanan dia boleh tahan jugak la, ikut jalan2 kampung. Bumpy juga la kat certain2 tempat.





Selepas dapat tiket masuk ke situ, kami pun terus melihat-lihat pelbagai jenis senjata dan peluru yang mereka letakkan berdekatan tempat beli tiket tu. Saja mereka letak sebagai mukadimah tu. Mereka juga ada shooting range kat sini. Kalau nak merasa guna AK47 menembak kat sini pun boleh.

Kemudian kami pun terus melihat-lihat tinggalan sejarah yang ada disana. Banyak sangat nak cerita pasal sejarah2 mereka so biarlah gambar yang berbicara ya.







Tank ni barai guna delay mine je. power!




Ingat nak beli satu tapi mahal dia, kemain.



Pengalaman masuk ke dalam tunnel tu memang tak boleh nak bayangkan. Mula2 ingat nak naik dari yang jauh punya tapi selamat lah ambik yang paling dekat. haha. Dia ada 3 option, satu yang jauh. Yg ni mat saleh yg ala2 adventurous tu lah yang banyak pilih. Pastu yang sederhana jauh dan yang last sekali tu buat yang just nak rasa2 je la. Orang yang ada claustrophobic tu jangan lah cuba ya, buat semak je kalau jerit2 histeria kat dalam tu nanti. Saya mula2 macam ok je lah kan sebab baru masuk kaki, bila dah start merangkak dan masuk sikit, terus macam "damn, gelapnya, sempitnya, mcm mana kalau ada tanah runtuh ni" haha. macam2 lah kan, tapi cover ah depan tetamu. Selamatlah ada mat saleh kat belakang ni ada lampu, dia suluh2 sikit terus la tak takut dah. Pastu, kat depan sikit pun dah ada jugak lampu so perasaan cuak tu hilang. Bayangkan dulu askar2 vietcong selamba je duduk dalam tu kan? Memang hati kering betul.

Sebenarnya banyak yang kita boleh ambil iktibar daripada semangat juang orang2 vietnam ni. Sepanjang perjalanan dalam bas pun tour guide kami sering ceritakan pasal kehidupan orang2 vietnam dan cara mereka berfikir. Bagus jugak diorang ni sebenarnya. Kalau nak saya ceritakan, kena lah pergi sekali. haha. Baru best nak cerita bila dah kat vietnam, kan?

Kemudian kami terus ke bandar untuk makan tengahari sebelum pergi melawat Thiên Hậu Temple berdekatan dengan Chinatown. 




Kemudian kami kembali ke bandar HCM utk melawat Saigon Square & Taka Plaza. Barang2 disana lebih kurang barang2 kat KL je so takde lah beli apa2 pun dekat dua2 tempat tu. Selepas tu kami pun pergi makan dinner di sebuah restoran muslim disana dan non muslim hendak cuba makanan penduduk vietnam maka tour leader kami pun bawa mereka ke local restoran di sana.


Malam ni merupakan malam terakhir di Saigon, so kami pun pergi ke Ben thanh market untuk kali terakhir. Kami berjalan pergi mencari kopi luwak, kopi vietnam disambil menikmati kopi yang dijual oleh peniaga yang sama berulang kali. Saya ni memang hantu kopi sikit. hehe. Hari ketiga ni kalau tak silap ialah hari Jumaat so masa ni dah ramai dah orang Malaysia datang ke HCM ni. Memang dah rasa macam kat KL je time ni. 

Day 4

Hari terakhir kami di vietnam, kami spend dengan berjalan-jalan untuk merasakan suasana Ben thanh market pada waktu pagi pulak. Pagi2 dia takde pasar malam kat luar tapi pasar dia dalam bangunan tu itself. Ada jual barang2 basah dan baju2 jugak. Ohhh lupa nak mentioned, sepanjang observation saya kat sini, peniaga dia macam kasar2 jugak lah kalau nak compare kat Jakarta atau Bandung. Bila saya cakap kasar tu maksud saya hampir kebanyakannya macam tu, tak semua. Pastu kena berhati hati jugak beli kopi kat pasar tu. Saya try beli dua jenis kopi, satu kat kedai yang mahal sikit dan satu lagi dekat Ben Thanh (murah bebenor) dan memang lain la rasanya. 




Process check in luggage dan sebagainya berjalan dengan lancar tapi boleh pulak flight delay sejam. Besides that semua okay dan kami selamat sampai ke Malaysia bersama tetamu2 kami.

** Kami pergi sini bulan 3 dan saya tulis blog ni bulan 11 so mungkin banyak details yang terlepas pandang. Tapi kalau ada apa2 soalan tentang vietnam, boleh komen. Insya Allah saya cuba bantu


Selasa, 17 November 2015

Ho Chi Minh city - Day 1

Pada March 2013, kami menguruskan percutian insentif untuk pekerja2 salah sebuah syarikat pakaian terkemuka di Malaysia (dan dunia) ke Ho Chi Minh city. Kami berkumpul di KLIA sebelum menaiki Vietnam Airlines(VN) ke sana. Flightnya ok dan makanannya memang sedap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selain daripada VN, kita juga boleh ke HCM menaiki Air Asia atau MAS.




Setibanya di sana, kami diambut oleh Helen, tour guide kami. Beliau selalu bawa tetamu dari Malaysia dan boleh berbahasa melayu serba sedikit :)
Setelah mengambil bagasi, kami pun terus naik ke dalam bas dan memulakan city tour kami.
Kami melawat Central  Post Office, City Hall dan Saigon Notre Dame Cathedral. Setelah mengambil gambar kenang-kenangan kami terus ke hotel untuk check in.







Hotel yg kami pilih ialah Hotel Bloom. Saya amat berpuas hati dengan hotel ni. Harganya berpatutan dan sangat bersih. Biliknya agak kecil tapi dekat Ho Chi Minh memang macam ni. Hotel 3* mereka selalunya kecik2 je. Mereka convert shophouses jadi hotel. Kalau hotel 4* atau 5* je yang mereka macam proper hotel sikit. Lokasi hotel ini agak berdekatan dengan dengan Ben Than Market walaupun bukanlah depan2. Saya rasa memang bagus hotel ni sebab dia senyap sikit walaupun lokasi dia dekat dengan market terkenal tu. Just satu turn je kita dah sampai ke tempat yang hiruk pikuk dengan manusia dan satu turn lagi kita kembali ke hotel yang kawasannya tenang :)










Selepas check in hotel, kami pun had our dinner dekat restoran muslim disana. Selepas makan, kami pun terus ke Ben Than Market untuk melihat-lihat apa yang best sangat kat sana tu :p

Pada pendapat saya, nak beli baju2 macam I love Saigon atau apa2 baju pasal vietnam, kena lah pegang dan rasa2 kain dia dulu. Sebab ada kain yang keras dan gatal bila pakai. Kalau kat sana kenalah pandai tawar menawar juga. Tapi selalunya orang Malaysia takde masalah pasal tawar menawar ni. haha. Pada saya baju2 di HCM ni tak berapa kualiti sangatlah kalau nak bandingkan dengan Bandung tapi kalau dah biasa ke Bandung dan nakkan suasana lain, boleh lah ke sini. Paling best kat vietnam ni pastilah coffee dia kan. Setiap hari kami disana, memang kami akan minum coffee vietnam yang dijual oleh pekedai disana (actually bukan kedai tapi diorg naik motor gitu. haha). Dia siap boleh bancuh kopi untuk waktu malam. Lebihkan susu katanya supaya mudah tidur dan tak segar. Sepanjang disana dan minum kopi ni mmg tak pernah lah tak boleh tidur. letak kepala kat bantal je terus tidur. haha. Semasa kami di Bali tempohari, ada seorang client kami inform yang coffee disana diletakkan liquor untuk bagi orang datang lagi. Wallahualam bissawab. Taktaulah betul ke tak kan sebab yang bagitau pekedai restoran, so agak meragukan disitu.