Memaparkan catatan dengan label wonderful indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wonderful indonesia. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2015

Lombok - April 2015 - Day 2

Ini ialah kali kedua saya tinggal di Holiday resort. Bilik hotelnya oklah. Pemandangan pun cantik tapi dia punya breakfast, alahai. Tak best. So, ikut plannya hari kedua kami ke Gili Trawangan. Selepas check out daripada Holiday Resort kami terus ke jeti untuk ke Trawagan. Beg2 kami diuruskan oleh Mes untuk dihantar ke Sheraton.


Sebelum naik boat, kenalah shopping dulu. Ada topi, shade & selipar dijual disini.


Kemudian, kami pun naik old school style boat untuk hantar kami ke Gili Trawangan. Sekejap je ke sana tapi sebab naik yang tradisional punya boat, ambik masa lebih kurang 30 min. Kalau naik speedboat dalam 10-15 minit je. Sesampainya disana, kami base di Oda Cafe. Semua barang diletakkan disana dan kemudian kami mulakan aktiviti. Group pertama pergi snorkeling dan group ke dua naik glass bottom boat.

Group 1









Group 2

Tak banyak pulak gambar untuk group ke 2 ni. Takpe, boleh tengok video di bawah ni


Selepas snorkeling dan glas bottom boat activities, kami pun makan lunch di Oda cafe (halal) dan kemudian melakukan aktiiti2 bebas seperti:

Menikmati pemandangan pantai



Naik beskal keliling pantai


skodeng bule (minah salleh)

Naik cidomo

Try street food
Parasailing

Kayaking

Setelah puas setengah hari di Gili Trawangan, kami pun kembali berangkat ke Senggigi. Sebelum balik kita tangkap gambar dulu dekat sign dia. BTW, dekat sini pun ada masjid, so bolehlah pergi solat juga.


Me & My missus

Selepas sampai kami stop di satu perhentian ni atas bukit untuk melihat pemandangan 3 gili dari atas. Kalau tak silap nama dia Malibu hill. Berhenti kat sini pun ada ramai orang yang akan menjual barang2 kat kita,

Kemudian kami stop di sebuah kedai yang menjual makanan2 khas Lombok termasuk madu, keropok etc.


Kebetulan time kami datang tengah musim durian so kami pun tak lepaskan peluang untuk makan durian Lombok. Sebelum makan malam. Malam itu setelah check in di Sheraton, kami pun tidur sebab esok nak bangun awal sebab nak pergi waterfall!

*Pendapat saya tentang Gili Trawangan ni sebenarnya tidak seindah yang saya bayangkan. Saya datang ke sana hari sabtu, so suasana agak crowded dan congested. Rasa mcm semak je. Kawasan pantai dia tak besar, so tak berapa chill. Boat2 parking dekat2 dengan pantai, kat situ jugaklah tempat snorkelingnya. haish. So kepada yang nak pergi ke Gili Trawangan tu nanti, rancanglah supaya pergi during weekdays ya.


Selasa, 24 November 2015

Lombok - April 2015 - Day 1


Lombok. Ini kali kedua saya ke sini. Pertama kali masa ikut Lombok Travel Mart. Masa tu boring la kan sebab pergi untuk table top. Kali ni excited sikit sebab dapat pergi ke Gili Trawangan yang digembar gemburkan ramai tu. Slack sikit lombok ni sebab hanya Air Asia saja direct flight  ke sana. So, price flight dia macam biasa lah. ego sikit nak turun kalau request group. Kalau nak beli harga promo maybe tahun depan lah dapat pergi. Ok bebel bbyk pun tak guna. Dah macam tu cara diorang kan? So, group kami kali ni lebih kurang 40 orang la kalau campur kanak2. Tapi separate flight. Ada yang nak pergi pagi dan ada yg nak gi petang.


Setibanya di Airport Lombok, kami disambut oleh cawangan Flynn Good Holiday Lombok, En Mesrori dengan selendang buatan lombok. Airport lombok dah berubah daripada 1st time saya pergi dulu. Sebelum ni, lepas je dari kastam dia orang ramai dah mula menunggu kat depan2 tu. So agak semak sikit dengan manusia, supir, org teksi semua nak kerumun kita. Pulak tu, diorg siap smoke kat dalam tu lagi so memang berbau cengkih je la bila kita keluar je pintu tu. Sekarang ok sikit, dia dah block orang ramai daripada masuk dan tempat orang2 menunggu dah jauh sikit, so takdelah terkejut kita bila keluar2 tu.

Ok, hentian pertama ialah pusat tenunan dia. Kita pergi tempat ni dulu sebab en route ke restoran :)
Kat Lombok ni, siapa yang tak pandai menenun ni takleh kawin tau. Tapi dulu2 la kot. Zaman sekarang ni baik diorang melawa je nanti ada orang Malaysia berkenan boleh kidnap diorang balik KL. hehe. Oh ya, kalau ada masa saya akan tulis sedikit sebanyak pasal kisah penculikan di lombok yang famous tu



Selain daripada tengok mereka menenun, beli kain2 sutera etc dan mencuba memakai baju tradisi sasak, nothing much la kat sini dan kebanyakan kami tak brminat dengan kain2 ni sangat. Kami pun terus lunch dan kemudian ke kawasan perkampungan orang2 Sasak.






Kampung sasak ni ialah perkampungan asli masyarakat Lombok. Mereka masih hidup macam zaman dulu2 lagi. Nak maklumat lebih lanjut kena pergi la kan? hehe. Rumah diorang ni tak pakai aircond tapi sejuk je kat dalam tu walaupun kat luar panas nak meninggal.



Selepas diberi penerangan oleh penduduk disitu tentang kampung ni, anda boleh masuk dalam rumah tu, beli2 cenderamata dan bergambar. Kalau rasa generous, bolehlah bersedekah sikit untuk kemajuan kampung mereka. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Kuta dan juga Tanjung An. iya, kat lombok pun ada pulau Kuta jugak bukan kat Bali je.






Tanjung an ni memang cantik pemandangan dia. Rasa tenang je kat sini. Just duduk atas bukit tu sambil hayati pemandangan, memang thorbaik. TAPI, ketenangan itu hanya sebentar sahajaaaaaa.. karenaaaaa... once penjual2 ni datang mengganggu, perghh terus stress. Kalau di beli, terus terusan lah member2 dia datang kerumun kau. huhuhu. Memanglah diorg cari rezeki je kan tapi ya know, ini tempat perlancongan diorang, patut adalah tempat2 yang depa boleh jual. Sampai kat tempat orang melepak- lepak pun diorang nak kacau, tensi jugak koq.

Inilah budak yg kacau2 aku dan group sejak kami naik bukit sampai lah lepak kat bukit tu dia nak jual gelang dia, Dia nak duit beli baju sekolah, duit nak makan etc. huhu. Sebab teringat kat anak di rumah, aku pun bagilah si comel ni bbrp ribu rupiah. Boleh beli semua gelang yg dia tengah pegang tu kot. hua hua

Pantai kuta boring, so kitorang pun just singgah kejap je tengok dari dalam bas.hehe. Semasa makan malam, Mes bagi info yang mengejutkan. Dia bilang, hotel yang sepatutnya kami inap dah penuh so kami kena tukar hotel lain. Hek eleh. Nak tau sebab apa? Tunggu selepas ini.


Disebabkan bateri fon, kamera masing2 dah habis, takdelah gambar makan malam. Foto ini adalah hasil daripada Mas Google. Ayam taliwang ialah makanan yg famous di Lombok (makanan asli Lombok - mcm ni indonesian bilang). Kalau gi sini tak makan ayam taliwang, macam tak pergi Lombok la kiranya. Kita ni sudahlah kalau pergi mana2 dan cerita kat orang, pastu diorang pasti akan mcm "kau pergi sini tak? pergi sana tak? makan sini tak? makan benda ni tak?" Kalau kita tak buat salah satu benda yang diorang mention tu rasa tak best kan? :p. Hidup atas kehendak orang.

Anyway...


Kami tak boleh check in hotel sebab Pak presidennya turut menginap (ada yang cakap have dinner je) di Sheraton. Memang beliau sepatutnya dah check out hari yang kami datang tu, tapi atas sebab2 tertentu, beliau extend stay lagi sehari. Maka, semua orang yang lain yg patut check in, semua tak boleh masuk. Kami pun dibawa ke hotel Holiday Resort Lombok sebagai ganti. Selamatlah tetamu-tetamu kami faham dengan situasi ini. Benda takleh nak buat apa. Presiden diorang kot. Kalau wali kota ke, boleh lah kita sangkal. Tindakan pantas ground office Flynn Good Holiday Lombok untuk mengawal hal ini wajar dipuji. Mes terus hubungi hotel Holiday Resort dan mengambil inisiatif untuk upgrade bilik2 kesemua tamu (setelah consultation dengan escort manager Flynn Good dr Malaysia) sedikit sebanyak membantu para tetamu untuk lebih menerima hakikat yang pedih ini.