Sabtu, 26 Disember 2015

Sri Lanka & Maldives - Day 5

Hari ke 5, kami mulakan dengan simple breakfast. Toast dan coffee. Cuaca agak baik harini dan sewaktu dalam perjalanan ke jeti (depan airport), barulah kami dapat tengok Maldives yg sebenar benarnya. Air laut dia biru gilaaaaa dan ni baru kat jeti :o





Pemandangan Male city dari hulhumale


So, harini kami ke Chaaya Island Dhonveli Beach and Spa, Maldives. Perjalanan cuma mengambil lebih kurang 30 minit via speedboat drpd jeti.Maybe sebab pemandangan dia memang cantik sangat so tak terasa langsung 30 minit tu. Sepanjang perjalanan dapat juga tengok dolphin daripada jauh. BEST SUNGGUH!

 
Sesampai je di resort ni, macam biasa, kami dan tetamu lain disambut dengan cold towel dan welcome drinks. Reception terletak berdekatan dengan jeti. Pekerja disini kebanyakannya daripada Phillipines, Indonesia (spa) dan dari Bangladesh. Kami diberi penjelasan tentang bilik2 yang ada disini. Cantik juga bilik2nya dan hampir semua bilik ada beachfront cuma certain tempat tak boleh mandi sebab merbahaya.
Bukan senang dapat peluang selfie kat Maldives :p
 
Kalau barang jatuh, confirm jumpa punya lah.
   
 


Cantik kan water bungalow dia. Memang sesuai untuk honeymooners.

Harga balinese massage kat sini boleh dapat berpuluh kali massage kat Bali. haha

Setelah selesai room dan site inspection, kami pun pergi lunch. Ha, kat sini problem sikit la ya nak makan utk muslim sebab diorg ada serve pork dan ada makanan yg ada wine. Memang diorg ada labelkan makanan2 tu tapi you know lah kan..sudu, pinggan etc.. and sepanjang pergi melawat 2 resort kat Maldives ni, untuk time makan diorg dah set kan meja utk kita. maksudnya masa datang ke restoran, ada org akan tunjukkan meja kita kat mana. Jangan pulak kau nak marah dia. Memang dah sistem dia macam tu. Next time boleh la request nak duduk mana, diorg cross check dan kalau takde org lain kat situ, boleh lah pindah. Nak makan sambil tgk pantai ke, apa ke. Makanan diorg, ok ok lah. Dessert semua ada, lengkap.

Lepas makan, disebabkan tak boleh tahan tengok air dia, terus lah mandi manda.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah puas menikmati facilities di resort ni, kami pun berangkat pulang. Kembali ke hulhumale. Esok kita akan ke resort yang lain pula. See youuuuu...

Tiada ulasan: