Khamis, 8 November 2012

Penghujung - Nawi ft Frequensi & Lady D

Watch "Nawi feat. Frequensi & Lady D - PENGHUJUNG - Official Lyrics Video" on YouTube

Penghujung mungkin akan menjadi permulaan yg baik untuk nawi (@nawi24) melangkahkan kaki ke arena mainstream. Lagu pasal cinta senang sikit orang ramai nak relate.

Dalam Penghujung aku boleh cakap yg style Nawi dah berubah kalau kita comparekan lagu dia dulu "Renungkan".Cuma IMHO, dia masih struggle mencari flow dia yg tersendiri. Mungkin juga bila MC rap dalam bahasa baku kita akan cepat melabelkan dia cuba mengikut style sipolan. TAPI agak convinving bila 3-4 org kawan2 rapat mengatakan benda yg sama.Tapi takde hal la kot, aku percaya dia akan berjaya mencari bunyinya sendiri dalam 2,3 single akan datang (harap2 akan ada).

Dari segi arrangement muzik, lagu ni mmg agak baek. Biasalah, abang AIM kita Tripdisz (@tripdisz) yang buat. Intro dimulakan dgn 2 lines pertama dari korus kemudian verse dan juga ada bridge yg kreatif pada aku sbb tiba2 ada Layde D (@layde_dee). Pastu lepas korus tu aku rasa paduan suara Laydee D dgn fariq mmg kasi remang bulu roma la siottt...


Kekuatan lagu ni tanpa boleh disangkal adalah melodi korusnya. Suara dan mood Fariq (@fariqFrequensi) mmg sampai dalam kalbu. Masa jumpa Fariq kat Rootz (launching HiphoppinAsia) aritu aku siap mcm "wehhhh peciter dah nyanyi sekarang" dan 1/3 dari NSSN (Ntah Sape Sape Ntah) ni dgn merendah dirinya menjawab yg dia hentam je nyanyi. Elehhhh.. Hiphop harus teguh dan angkuh bro!!! Haha

Tak mahu sentuh dgn lebih dalam sangat pasal isi lirik sbb aku mengharapkan cerita yang ada plot. Mungkin dalam setiap verse akan ada plot2 yg akan menghala ke penghujung. Bila seorang MC je dalam satu lagu, jalan cerita agak senang dibuat sbb ada sorang je. Kalau ada feat MC maybe susah sikit sbb nak kena sync bagai.tapi setiap orang pandang benda dari persepsi yang berbeza kan.. Cuma yg tang korus je la aku macam pelik sikit lirik dia sbb dia cakap yg dia akan teruskan juga mendayung walaupun apa dugaan yg datang... TAPI tiba2 mcm mengalah plak kan?

"walau berombak di laut,akan ku teruskan mendayung...
Harapkan bunga mekar,kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa,pahitnya ku yg tanggung..
Harapkan semua bermula tapi tamat di penghujung"


So,tu je lah pendapat aku pasal lagu ni. Nak tulis benda ni pun ambik masa seminggu lebih.lol.I'm rusty.
#thebazement

Tiada ulasan: