Memaparkan catatan dengan label lady d. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lady d. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Penghujung - Nawi ft Frequensi & Lady D

Watch "Nawi feat. Frequensi & Lady D - PENGHUJUNG - Official Lyrics Video" on YouTube

Penghujung mungkin akan menjadi permulaan yg baik untuk nawi (@nawi24) melangkahkan kaki ke arena mainstream. Lagu pasal cinta senang sikit orang ramai nak relate.

Dalam Penghujung aku boleh cakap yg style Nawi dah berubah kalau kita comparekan lagu dia dulu "Renungkan".Cuma IMHO, dia masih struggle mencari flow dia yg tersendiri. Mungkin juga bila MC rap dalam bahasa baku kita akan cepat melabelkan dia cuba mengikut style sipolan. TAPI agak convinving bila 3-4 org kawan2 rapat mengatakan benda yg sama.Tapi takde hal la kot, aku percaya dia akan berjaya mencari bunyinya sendiri dalam 2,3 single akan datang (harap2 akan ada).

Dari segi arrangement muzik, lagu ni mmg agak baek. Biasalah, abang AIM kita Tripdisz (@tripdisz) yang buat. Intro dimulakan dgn 2 lines pertama dari korus kemudian verse dan juga ada bridge yg kreatif pada aku sbb tiba2 ada Layde D (@layde_dee). Pastu lepas korus tu aku rasa paduan suara Laydee D dgn fariq mmg kasi remang bulu roma la siottt...


Kekuatan lagu ni tanpa boleh disangkal adalah melodi korusnya. Suara dan mood Fariq (@fariqFrequensi) mmg sampai dalam kalbu. Masa jumpa Fariq kat Rootz (launching HiphoppinAsia) aritu aku siap mcm "wehhhh peciter dah nyanyi sekarang" dan 1/3 dari NSSN (Ntah Sape Sape Ntah) ni dgn merendah dirinya menjawab yg dia hentam je nyanyi. Elehhhh.. Hiphop harus teguh dan angkuh bro!!! Haha

Tak mahu sentuh dgn lebih dalam sangat pasal isi lirik sbb aku mengharapkan cerita yang ada plot. Mungkin dalam setiap verse akan ada plot2 yg akan menghala ke penghujung. Bila seorang MC je dalam satu lagu, jalan cerita agak senang dibuat sbb ada sorang je. Kalau ada feat MC maybe susah sikit sbb nak kena sync bagai.tapi setiap orang pandang benda dari persepsi yang berbeza kan.. Cuma yg tang korus je la aku macam pelik sikit lirik dia sbb dia cakap yg dia akan teruskan juga mendayung walaupun apa dugaan yg datang... TAPI tiba2 mcm mengalah plak kan?

"walau berombak di laut,akan ku teruskan mendayung...
Harapkan bunga mekar,kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa,pahitnya ku yg tanggung..
Harapkan semua bermula tapi tamat di penghujung"


So,tu je lah pendapat aku pasal lagu ni. Nak tulis benda ni pun ambik masa seminggu lebih.lol.I'm rusty.
#thebazement

Isnin, 28 Jun 2010

Gadis Ayu


Hey hey hey hey, aku tak percaya, cintaaaa..warghahaha

Kawan2. Dengarkan lagu terbaru NBE ft Altimet & Lady D di XFM bermula Rabu (30 Jun) ini.
Muzik oleh Tripdisz dan Mix oleh Encik Fariq.

Kalau korang suka, bole la call XFM utk mintak lagu ni utk dimainkan setiap hari.huhu

<3

Jumaat, 18 Jun 2010

Gadis Ayu - NBE ft Altimet & Lady Dee

SKIT

(korus)

hey si gadis ayu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menarilah denganku
hey jejaka malu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menari bersamaku

NBE
aku jumpa gadis ayu mata biru kuyu
rambut perang paras bahu. kulit putih gebu
punya potongan badan gadis filem biru
lenggokan pinggulnya buatku jadi tak menentu
aku tengok jarinya, yup, tak ada cincin
handphonenya berdering, ringtone ipin
mungkin ni awek taiping ataupun sungai besar
baju jenis pasar malam tapi dia tetap lawa
ku tanya pukul berapa,dia buat muka sinis
terus bertepuk tampar, dgn kawan dari perlis
tetiba bersuara ala ala mila kunis
yg buat ku terduduk dgn hati yg terguris
"i tak layan ayat manis,i ada diabetes
xpayah susah-susah susun ayat romantis
nanti kang i termuntah dgr ayat motorist
btw, takkan takde jam bro? kata artis.."

(korus)
hey si gadis ayu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menarilah dengnku
hey jejaka malu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menari bersamaku

2nd verse (altimet)
a-a-a-aku, pernah jumpa gadis ayu
asal dari (adalah) kacukan mamak melayu
bila dia lalu, member aku jadi kaku
suara macam baru bangkit dari beradu
prestasi cemerlang siang hari korek saku
kerjaya berpesta malam minggu malam sabtu
rajin turun padang ke-ke-ke kelab malam
tempat tu jadi ladang, ternakan anak ayam
kena sesah tapi tak sah, jadi ayam katok
simanis cari sugar daddy kena tangkap dek datuk
jangan kata kau sorang, satu crew dia sapu
kalau ok bro, go lantak kau labu
memang hidup santai kau terlalu laju
memang moden tapi kau terlalu maju
tiap malam bisiknya hanya kau yang satu,
tapi kalau kisah benar hanya kau yang tahu, gadis ayu!


(korus)
hey si gadis ayu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menarilah dgnku
hey jejaka malu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menari bersamaku

(bridge)
janganlah kau sangka, ku kan terpedaya
dengan seorang jejaka, yang dirinya tak terjaga
lihatlah diriku, cerminkan dirimu
bukan sebarang jejaka, yang mampu mendampingiku...

3rd verse (NBE + Altimet)
kaki awek tu putih mesti dia kaki kapur
tangan tak ada cela, gerenti failed dalam dapur
dgr citer dia GRO, Gunting Rambut Orang
member ganu aku ckp dia suka jalang jalang
dia suka bercuti, sejak mula kempen zoom
pakai mekap tebal, mcm awek fotozoom
baru lepak dekat ruums, bajet dah banyak duit
sbb konon panas sangat, badan dia bau hangit...
kepada gadis ayu yang suka pakai seksi
jangan cepat ambil hati cam pemalas ambil mc
masih ada tempat untuk kamu didunia
masih perlu mentol walau ada suria
kau syok sementara, kau candu duka
tak perlu beli kereta asal pandu cuba
senang cerita, aku ikut kata bapak aku
kalau senang masuk kelambu, susah buat menantu, gadis ayu..

(korus 2x)
hey si gadis ayu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menarilah dgnku
hey jejaka malu,lupakanlah dukamu
pendamkan kisah lalu, menari bersamaku