Memaparkan catatan dengan label Rap melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rap melayu. Papar semua catatan

Ahad, 29 November 2015

Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir


Lirik lagu Bawah 3000 - SSK featuring Faizal Tahir

Saph
Berat mata tapi tangannya ringan
Muat mulut, belum sempat nak simpan
Duit minyak dan tol berkepul-kepul
Aku kejar kertas macam orang tak betul

Wajar ku melabur sambil ku beratur
Di pinggir pinggan hanya makan yang teratur
Piramid hidup, aku akur dengan catur
Mainan raja tapi askar yang diatur

Berbapakkan nasib, beribukan peluang
Beratus yang berpucu, beribu yang pulang
Impianku tinggi nak cari sekupang
Hidupku penuh, penuh penuh dengan hutang

Pencarian dalam pendakian bukan isu
Kalah dalam perancangan macam tertipu
Dalam rumah, atas kertas, hanya kat situ
Masih bawah tangga, masih bawah tiga ribu

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

NBE
7 balas 11, seribu satu dulang
belum wang hantaran, baik jadi bujang - senang
raja sehari tanggung bertahun hutang
bukan soal adat tapi takut mulut orang

bila barang naik, bini merengek,
bukan miskin bandar, ramai dah sengkek,
akal tak boleh cetek tinggal kat pantai dalam,
kerja kerja kerja, sampai lewat malam

tayar kete botak tak ada bunga
kredit kad pula hanya mampu bayar bunga
harga air di Pelita macam minyak per liter
tak dapat jawapan, jualkan saja Unser

dulu belanja tak fikir, sekarang ke AKPK
mulut asyik mengeluh, jarang sekali berzikir
ukur baju di badan, nak lebih dari itu
boleh jadi tiga suku bila bawah 3 ribu.

Faizal Tahir
Membujur lalu, melintang patah hidupku diratah
(Pencarian dalam pendakian bukan isu, Kalah dalam perancangan macam tertipu)
Siapa? dimana? suara yang membela?

Yang ku ada, untuk sementara
Yang diberi bukan selalu yang dipilih
Terus mencari
Yang ku rasa , kebas merata
bergelut mengatur, hidupku

Dan bagaimana yang dibawahnya?
(Hidup penuh dengan kemungkinan)
Dan sampai bila mahu ditanya?
(Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan)
Dan bagaimana yang dibawahku?
(Yang dibawah sesat entah kemana)
Dan sampai bila mahu ditunggu dan bagaimana?

Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan
Cari jalan bukan alasan (3x)
Bawah 3000, bukan alasan!

Faizal Tahir
Yang ku ada, untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara, gagah melangkah
Yang ku rasa, kebas merata
bergelut mengatur, hidupku
Bertahan
Bertahan. aku.
Berjalan.
Berjalan terus...


*Lirik berwarna biru hanya ada dalam full song sahaja.
**Video on the way. Doakan agar kami dapat siapkan. Insya Allah.
***Secara jujurnya aku amat suka lirik yang aku tulis untuk lagu ni. Antara lirik terbaik yang pernah aku tulis. Dan secara jujurnya, lirik aku untuk lagu ni sebenarnya agak personal. Terlampau personal untuk aku tulis dan rap. Tapi, yah, bukan ku sorang yang hadap benda ni. Ramai orang yang menghadap.

God bless Malaysia.

Khamis, 8 November 2012

Penghujung - Nawi ft Frequensi & Lady D

Watch "Nawi feat. Frequensi & Lady D - PENGHUJUNG - Official Lyrics Video" on YouTube

Penghujung mungkin akan menjadi permulaan yg baik untuk nawi (@nawi24) melangkahkan kaki ke arena mainstream. Lagu pasal cinta senang sikit orang ramai nak relate.

Dalam Penghujung aku boleh cakap yg style Nawi dah berubah kalau kita comparekan lagu dia dulu "Renungkan".Cuma IMHO, dia masih struggle mencari flow dia yg tersendiri. Mungkin juga bila MC rap dalam bahasa baku kita akan cepat melabelkan dia cuba mengikut style sipolan. TAPI agak convinving bila 3-4 org kawan2 rapat mengatakan benda yg sama.Tapi takde hal la kot, aku percaya dia akan berjaya mencari bunyinya sendiri dalam 2,3 single akan datang (harap2 akan ada).

Dari segi arrangement muzik, lagu ni mmg agak baek. Biasalah, abang AIM kita Tripdisz (@tripdisz) yang buat. Intro dimulakan dgn 2 lines pertama dari korus kemudian verse dan juga ada bridge yg kreatif pada aku sbb tiba2 ada Layde D (@layde_dee). Pastu lepas korus tu aku rasa paduan suara Laydee D dgn fariq mmg kasi remang bulu roma la siottt...


Kekuatan lagu ni tanpa boleh disangkal adalah melodi korusnya. Suara dan mood Fariq (@fariqFrequensi) mmg sampai dalam kalbu. Masa jumpa Fariq kat Rootz (launching HiphoppinAsia) aritu aku siap mcm "wehhhh peciter dah nyanyi sekarang" dan 1/3 dari NSSN (Ntah Sape Sape Ntah) ni dgn merendah dirinya menjawab yg dia hentam je nyanyi. Elehhhh.. Hiphop harus teguh dan angkuh bro!!! Haha

Tak mahu sentuh dgn lebih dalam sangat pasal isi lirik sbb aku mengharapkan cerita yang ada plot. Mungkin dalam setiap verse akan ada plot2 yg akan menghala ke penghujung. Bila seorang MC je dalam satu lagu, jalan cerita agak senang dibuat sbb ada sorang je. Kalau ada feat MC maybe susah sikit sbb nak kena sync bagai.tapi setiap orang pandang benda dari persepsi yang berbeza kan.. Cuma yg tang korus je la aku macam pelik sikit lirik dia sbb dia cakap yg dia akan teruskan juga mendayung walaupun apa dugaan yg datang... TAPI tiba2 mcm mengalah plak kan?

"walau berombak di laut,akan ku teruskan mendayung...
Harapkan bunga mekar,kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa,pahitnya ku yg tanggung..
Harapkan semua bermula tapi tamat di penghujung"


So,tu je lah pendapat aku pasal lagu ni. Nak tulis benda ni pun ambik masa seminggu lebih.lol.I'm rusty.
#thebazement

Khamis, 25 Oktober 2012

Fakta Bintang RTM SSK

90% lirik ditulis didalam LRT (diolah semula kat rumah)

% yg lain either kat rumah aku, studio Micwrecka atau Jinius at Work.


Isnin, 22 Oktober 2012

SSK di Beat Kitchen

Whats up guys,

Harini (21 oct) akhirnya kitorang dah siapkan lagu "Jauh" di Beat Kitchen. Thanks to DJ Fuzz for the help and guidance sepanjang kitorang buat lagu ni. Beat ni drpd DJ Fuzz. Sample Sweet Charity kalau tak silap. Gempak doh beat. Lagu ni citer pasal " korang nak cakap apa pun cakap la..yg kitorang tau kitorang nak pergi jauh" lulz

I love the chorus. Its very catchy and its explain the whole song. Thats whats chorus supposed to do.hehe

Sekarang tinggal nak mixing je la. Cant wait for the mixtape to complete.it feature lots of new talents. Tadi fuzz ada kasi dgr group tamil rap (sumpah gempak.tercabar siot dgn flow diorg) n lagu salam (tajuk dia - aku pelat)

Mmg dope. Tak sabor den


Isnin, 15 Oktober 2012